Carian
Facebook Memperkenalkan Platform Komen Untuk Web
March 2, 2011 Aman

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, hari ini secara rasminya, Facebook memperkenalkan platform komen mereka, sekaligus menempatkan diri mereka sebagai pencabar kepada Disqus dan juga Intense Debate. Kebanyakkan web juga sudah mula mengintegrasikan sistem komen mereka bermula hari ini pada web-web mereka.


Komen Turut Didatangkan Dengan Fungsi Reply

Menariknya mengenai sistem komen tersebut diintegrasikan sepenuhnya bersama-sama dengan Facebook, dimana sekiranya anda menandakan kotak untuk berkongsi pada Facebook, dan rakan anda meninggalkan komen pada perkongsian anda di Facebook, komen tersebut juga turut sama akan diperlihatkan pada artikel asal, sekaligus menjadikan perbincangan lebih relevan, dan boleh ditumpu melalui suatu halaman utama. Pada masa yang sama, pengguna juga akan mendapat notifikasi melalui Facebook sekiranya sesiapa membalas komen anda, samaada di web ataupun pada Facebook.

Sama seperti platform komen yang lain, para pentadbir laman turut disediakan dengan sebuah halaman khas untuk membolehkan mereka mentadbir dan mengawal komen-komen yang dipaparkan, selain mengelakkan spam dan sebagainya.


Pentadbiran Komen Dengan Mudah

Selain daripada itu, Facebook juga dijangka akan menambahkan kebolehan untuk komen menggunakan akaun pihak ketiga tidak lama lagi, memandangkan bukan semua pengguna gemar meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook. Bagi para pentadbir yang berminat, mungkin mereka boleh mencubanya, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat pelbagai plugin, termasuk untuk WordPress dan sebagainya.

Komen