IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 36 Juta Kali

IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 36 Juta Kali

Diterbitkan pada Mac 2, 2011 oleh .

Kini, sekali lagi Microsoft mengeluarkan statistik terkini berkenaan dengan pelayar web akan datang mereka, iaitu Internet Explorer 9. Menurut Microsoft, sehingga kini, IE9 RC yang dilepaskan pada bulan lepas, telah dimuat-turun sebanyak lebih 36 juta kali, dan kini meliputi lebih 0.66% daripada penggunaan pelayar web seluruh dunia.

Pada masa yang sama, penggunaan Internet Explorer seluruh dunia juga meningkat sebanyak lebih 0.78% diseluruh dunia, memperlihatkan perkembangan yang sihat untuk pelayar web keluaran Microsoft itu.

Internet Explorer 9 yang dinantikan oleh para pengguna dijangka bakal dilancarkan pada bulan ini, dengan Microsoft sendiri menyediakan sebuah acara khas pada 14 Mac ini. Namun ianya tidak pasti, samaada adakah Microsoft akan melancarkan pada tarikh tersebut, ataupun mungkin selang seminggu dua selepas itu. Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran pelayar web terbaru daripada Microsoft itu.


TIPS & ULASAN