Setelah memperkenalkan versi beta pada penghujung tahun lepas, kini aplikasi Foodspotting untuk Android secara rasminya diperkenalkan pada Android Market, membolehkan kesemua pengguna Android seluruh dunia mula menggunakan aplikasi mereka, dan berkongsi makanan kegemaran mereka dengan mudah.
Walaubagaimanapun, untuk versi Android, ianya masih lagi versi ringan, dimana pembangun Foodspotting memperkatakan yang mana aplikasi dengan lebih banyak fungsi akan diperkenalkan dalam beberapa minggu akan datang, yang mana akan turut sama menyertakan profail dan juga panduan. Buat masa ini, aplikasi FoodSpotting Lite ini membawakan kebolehan untuk anda menemui makanan-makanan menarik, selain berkongsi makanan bersama rakan-rakan anda dengan lebih mudah lagi.
Selain Foodspotting, aplikasi seumpamanya yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, iaitu WootFood juga dijangka bakal memperkenalkan aplikasi Android mereka tidak lama lagi.