Cari @ Amanz

Ingatkah lagi perancangan Amazon untuk memperkenalkan App Store mereka sendiri untuk platform Android? Kini, ianya diperkatakan yang mana Amazon bakal melancarkan kedai aplikasi tersebut untuk para pengguna Android pada bulan ini.

Berbeza dengan Google Android Market, Amazon AppStore ini kelak akan terlebih dahulu menguji setiap aplikasi sebelum menyertakannya, dan Amazon juga akan menetapkan harga untuk setiap aplikasi, dan bukannya pembangun aplikasi tersebut. Walaubagaimanapun, para pembangun akan mendapat 70% daripada pembelian tersebut.

Sekiranya Amazon AppStore membawakan antaramuka yang lebih menarik dan fungsi yang lebih mudah, selain pada masa yang sama menawarkan pelbagai keistimewaan untuk pembangun, semestinya ianya akan mendapat sambutan yang amat hangat sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd