Maxis Bakal Membawa Masuk Nexus S Ke Malaysia

Maxis Bakal Membawa Masuk Nexus S Ke Malaysia

Diterbitkan pada Mac 2, 2011 oleh .

Nampaknya, selepas ini, Maxis akan mula menawarkan Nexus S kepada para pengguna Malaysia. Buat masa ini, harga perantian tersebut masih belum diketahui, namun begitu, mereka telah membuka pendaftaran untuk #Maxis10, dimana ianya merupakan salah satu program ulasan oleh jurublog, sebelum ianya dilancarkan secara rasminya.

Nexus S

Nexus S merupakan perantian pertama yang membawakan Android Gingerbread 2.3, dan ianya telah diperkenalkan oleh Google pada tahun lepas. Beberapa pengguna tempatan juga sudah dapat menggunakan Nexus S sejak daripada tahun lepas dengan membeli terus daripada Amerika Syarikat.

Nexus S

Semestinya ianya merupakan salah satu perantian yang dinantikan oleh para peminat Android. Harga dan pakej yang bakal ditawarkan masih belum diketahui buat masa ini.

Nexus S on Gingerbread 2.3 is next for review in the #Maxis10. Sign up for a chance to review it at: http://bit.ly/Maxis10less than a minute ago via web


TIPS & ULASAN