Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, kini secara rasminya SkyAd telah pun melancarkan laman tawaran pembelian berkumpulan mereka, iaitu i1More. Buat masa ini i1More hanya tertumpu kepada tawaran-tawaran daripada syarikat di sekitar Kuala Lumpur sahaja, dan mungkin akan diperkembangkan tidak lama lagi.

i1more
Laman i1More.com

Melalui i1More, selain daripada tawaran harian, mereka juga menyediakan tawaran mingguan. Pendaftaran untuk laman i1More juga lebih kurang serupa seperti laman-laman tawaran yang lain, dimana ianya membolehkan para pengguna mendaftar menggunakan akaun Facebook dengan mudah. Dan sebagai tarikan untuk menggunakan laman mereka, kini i1More menawarkan sebuah iPad untuk pengguna yang bertuah pada laman mereka.

Tips daripada @Paeh. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd