Mungkin masa menunggu yang lama berlaku sekarang pada hospital dan klinik kerajaan dapat diatasi tidak lama lagi apabila kini kerajaan menjangakakan untuk menggunakan rekod perubatan yang boleh diakses secara dalam talian menjelang tahun 2015 kelak.
Ianya buat masa ini disasarkan untuk lebih 20 buah hospital tempatan akan mula menggunakan pangkalan data elektronik, yang mana akan membolehkan rekod perubatan seseorang pesakit itu diakses dengan pantas, walaupun pesakit tersebut daripada hospital dan klinik yang lain, sekaligus menyeragamkan rekod perubatan pesakit tersebut.
Buat masa ini, hospital di Serdang dan Putrajaya telah menggunakan pangkalan data elektronik, dan Hospital Besar Kuala Lumpur kini dalam proses mengubah pangkalan data mereka kepada elektronik. Pada masa yang sama, setelah lebih 20 hospital menggunakan pangkalan data elektronik untuk rekod perubatan, kerajaan akan menyediakan sebuah rangkaian atas talian yang membolehkan hospital-hospital lain berhubung dengan pangkalan data pesakit dengan mudah.
Kos sebenar untuk program ini tidak diketahui, namun ianya diperkatakan yang mana kerajaan menyediakan lebih kurang RM5 juta setiap tahun untuk mengubah rekod perubatan kepada digital di Hospital Kuala Lumpur sahaja.
Via : News Straits Times