Cari @ Amanz

Setelah memperlihatkan aplikasi Flickr untuk Windows Phone 7 pada bulan Januari yang lepas, hari ini, secara rasminya aplikasi tersebut dilancarkan. Selain aplikasi Flickr untuk Windows Phone 7, aplikasi Flickr untuk Windows 7 juga turut dilancarkan bersama oleh pihak Yahoo!.

Melaluinya, anda boleh melihat gambar-gambar dengan lebih menarik lagi, serta ianya turut dioptimasikan untuk dilihat dalam resolusi tinggi. Anda juga boleh mengakses gambar pada saiz asal ianya dimuat-naik melalui perantian mudah-alih anda.

Anda juga boleh melihatkan gambar-gambar pada Flickr dalam bentuk geolokasi, dimana anda boleh melihatnya dalam bentuk peta, selain pada masa yang sama turut melihat gambar-gambar lain berdekatan yang ditag menggunakan geo-tag.

Pada masa yang sama, aplikasi Flickr ini juga membolehkan anda berkongsi gambar bersama rakan-rakan anda yang lain terus melalui perantian mudah-alih anda, dan pada masa yang sama berkongsi dari Flickr terus ke Facebook, Twitter dan emel.

Para pengguna Windows Phone 7 dan Windows 7 boleh memuat-turunnya secara percuma terus daripada halaman rasmi Flickr Untuk Windows 7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd