Cari @ Amanz

Malaysia Airlines Membolehkan Anda Membuat Tempahan Melalui Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Malaysia Airlines (MAS) kini membolehkan para pengguna untuk melakukan tempahan serta mengintegrasikan perjalanan mereka pada Facebook, sekaligus menjadikan perjalanan anda lebih sosial, dan memudahkan anda mengenali rakan-rakan anda yang akan berkongsi penerbangan.


Aplikasi MHBuddy Pada Facebook

Ketika pemilihan tempat duduk, sekiranya rakan-rakan anda menaiki penerbangan sama, anda juga akan diperlihatkan lokasi tempat duduk mereka. Pada masa yang sama, melalui MHBuddy, para penggunanya juga boleh mengetahui rakan-rakan yang tinggal dan menetap di lokasi yang dituju oleh mereka, sekaligus menawarkan kebolehan untuk menghubungi mereka, sekaligus membolehkan anda merancang perjalanan anda, pada masa yang sama menemui rakan-rakan anda di destinasi dengan lebih mudah.

Kesemua pengguna Facebook boleh menikmati dan menggunakan aplikasi MHBuddy ini dengan mudah, dan membawa laman sosial ke tahap yang lebih tinggi lagi.


Komen ()