Cari @ Amanz

Dalam menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih menarik, kini Maxis memperkenalkan Maxis Connects, yang mana membolehkan anda bertanyakan sebarang persoalan berkenaan Maxis kepada mereka melalui Twitter.

Melalui laman tersebut, ianya menarik kesemua Tweet yang menggunakan hashtag #MaxisListens dan memaparkannya disitu, membolehkan para pengguna merujuk persoalan, pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas daripada para pekerja Maxis dengan pantas.

Para pengguna juga boleh menyemak samaada seseorang pengguna itu merupakan pekerja Maxis ataupun tidak terus melalui laman tersebut, dengan hanya memasukkan nama pengguna Twitter pada laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd