Ianya mungkin sedikit terlambat, tetapi tahukah anda yang mana kini secara rasminya Yahoo! telah beroperasi di alam maya ini selama 16 tahun. Yahoo! sebelum ini telah dimulakan oleh Jerry Yang dan David Filo pada Januari 1994, dan didaftarkan sebagai syarikat pada 1 Mac 1995.
Yahoo! Pada Tahun 1995 [via]
Pada 1 Mac 2011, kini Yahoo! berumur 16 tahun, dimana kini mereka mempunyai lebih daripada 13,000 pekerja daripada seluruh dunia. Kini, walaupun Yahoo! sentiasa berusaha untuk memenangi hati pengguna, dengan memperkenalkan pelbagai perkara baru terutamanya pada produk Yahoo! Mail, Messenger dan Flickr.
Akhir-akhir ini, Yahoo! telah menutup beberapa perkhidmatan mereka, termasuk MyBlogLog, dengan masa depan Delicious yang masih tidak diketahui lagi. Mungkin sepanjang tahun ini, Yahoo! akan terus mengeluarkan pelbagai produk baru, sekaligus memenangi hati para pengguna kembali.