Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, ianya hanya tinggal lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum tablet generasi kedua keluaran Apple diumumkan, iaitu iPad 2. Namun begitu, mungkin anda tidak perlu membelinya terlebih dahulu, memandangkan RIM kini diperkatakan yang mana bakal mulakan jualan BlackBerry PlayBook pada 10 April ini.

BlackBerry Playbook merupakan tablet pertama keluaran pengeluar BlackBerry, iaitu RIM. Ianya merupakan salah satu tablet yang dinantikan oleh para pengguna, dimana sehingga kini, RIM sendiri telah memperlihatkan beberapa video berkaitan dengannya, dari segi prestasi pelayar web dan juga sokongan permainan video padanya.

Buat masa ini, harga rasmi untuk BlackBerry Playbook masih tidak diketahui lagi, namun ianya diperkatakan yang ianya kelak akan berharga dibawah lingkungan $500.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd