Selain daripada iPad 2, Apple juga pada masa yang sama turut memperkenalkan dua aksesori tambahan, yang mana sememangnya akan menarik minat para pengguna iPad. Ianya merupakan kabel output HDMI dan juga pelindung iPad 2 yang amat menarik sekali.
Melalui kabel output HDMI yang dijual pada harga cuma $39 itu, Apple membolehkan para pengguna iPad menyambungkan iPad mereka kepada TV dengan mudah. Menariknya, perkara tersebut boleh dilakukan pada masa yang sama anda mengecas iPad anda, sekaligus menjimatkan masa anda secara keseluruhannya, disamping membolehkan anda menikmatinya pada skrin yang lebih besar dan luas.
Melalui pelindung iPad yang baru, ianya lebih menumpukan perhatian kepada skrin, dimana ianya membersihkan skrin iPad anda secara automatik setiap kali anda menutupnya. Perkara ini dapat dijayakan dengan penggunaan fiber-mikro. Pada masa yang sama, ianya juga turut sama menggunakan magnet untuk memegang iPad anda, dimana ianya akan memegang iPad anda secara automatik. Ianya didatangkan dalam dua variasi, dimana versi kulit dijual pada harga $69, dan polyurethane pula pada harga $39.
Kredit Gambar : MobileCrunch