iOS 4.3 Bakal Dilancarkan Pada 11 Mac

iOS 4.3 Bakal Dilancarkan Pada 11 Mac

Diterbitkan pada Mac 3, 2011 oleh .

Bersama-sama dengan iPad 2, Apple turut mengumumkan mengenai versi stabil iOS 4.3 yang mana akan dilepaskan kepada umum pada 11 Mac nanti. Melalui iOS 4.3, ianya bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk enjin Nitro Javascript daripada Safari OS X, dan beberapa perkara lain.

iOS 4.3 kelak akan membawakan fungsi perkongsian baru, dimana anda boleh memainkan kandungan daripada iTunes pada desktop anda melalui WiFi. iOS 4.3 turut sama membawakan fungsi AirPlay yang ditambah-baik daripada sebelumnya, bersama-sama dengan kebolehan untuk aplikasi App Store berkongsi audio dan video.

Pada masa yang sama, salah satu fungsi yang dinantikan, Personal Hotspot turut sama diperkenalkan padanya, membolehkan anda berkongsi talian dengan mudah pada bila-bila masa. iOS 4.3 kelak turut sama akan membawakan Photo Booth dan juga Facetime seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.

iOS 4.3 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, dimana pada tarikh yang sama, iPad 2 akan mula dijual di US.


TIPS & ULASAN