Cari @ Amanz

Apple Memperlihatkan iMovie Dan Garage Band Untuk iPad

Oleh Aman

Link Copied!

Apple sering memperkenalkan pelbagai aplikasi menarik untuk perantian keluaran mereka. Terkini, mereka memperlihatkan dua aplikasi baru untuk iPad, iaitu iMovie untuk iPad dan juga Garage Band untuk iPad.

Melalui iMovie untuk iPad, ianya membolehkan para pengguna mengedit video dengan pantas secara terus melalui iPad. Apatah lagi, iPad 2 menyertakan kamera hadapan dan belakang, dan semestinya aplikasi iMovie untuk iPad ini akan menerima sambutan yang amat hangat sekali.

Ianya sama seperti iMovie pada OS X, dimana mempunyai pelbagai fungsi asas, termasuk transasi dan kebolehan untuk edit audio dengan pantas dan mudah. iMovie untuk iPad turut membawakan tiga tema baru tambahan, menjadian keseluruhan tema padanya berjumlah kepada 8. iMovie untuk iPad akan mula dijual bermula 11 Mac ini pada harga cuma $4.99.

Selain daripada iMovie, Apple turut memperlihatkan Garage Band, iaitu salah satu aplikasi sentuh yang amat menarik sekali. Dengan adanya aplikasi ini pada iPad, para pengguna boleh menyambungkan instrumen, merakamkannya, memulakan projek, dan menggunakan iPad dan OS X untuk menghabiskannya.

Pelbagai instrumen sentuh disertakan pada Garage Band untuk iPad, termasuk piano dan juga drum. Ianya boleh menyokong sehingga 8 trek. Sama seperti iMovie, Garage Band untuk iPad turut sama akan dijual bermula 11 Mac pada harga $4.99.

Kredit Gambar : MobileCrunch


Komen ()