Cari @ Amanz

Setiap projek sumber terbuka, mempunyai beberapa versi padanya. Seperti Firefox yang mempunyai beberapa versi yang lebih baik dan dioptimasikan, untuk Chrome juga mempunyai beberapa versi, salah satunya adalah Chrome Plus yang dijana menggunakan Chromium. Dan hari ini, pembangunnya telah pun menjenamakan semula pelayar web mereka, dikenali sebagai CoolNovo.

Salah satu perkara menarik pada CoolNovo adalah kebolehannya untuk berfungsi seakan pelayar web Internet Explorer. Seperti semua sedia maklum, beberapa laman web kerajaan meminta pengguna untuk menggunakan pelayar web Internet Explorer untuk mengaksesnya, dan perkara ini dapat dilaksanakan dengan mudah melalui sebuah butang mode khas yang disediakan pada CoolNovo. Namun begitu, fungsi ini masih tidak stabil sepenuhnya dan masih mempunyai beberapa perkara yang perlu ditambah baik.

Pelayar web ini juga masih mempunyai pelbagai ruangan untuk diperbaiki dan ditambah baik lagi. Namun, bagi mereka yang inginkan sesuatu kelainan, boleh memuat-turun CoolNovo untuk Windows hari ini, yang mana versi terkininya berasaskan Chromium 16, dan mengujinya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd