Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan kami dimana CouponHouz diambil-alih oleh syarikat lain, kini kami mendapat maklumat awal mengatakan yang mana CouponHouz akan dijenamakan semula menjadi CouponXcess. Ia diketahui yang mana pihak CouponHouz akan mengumumkan perkara ini secara rasminya esok, dan mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkenaan dengan laman ini pagi esok.

Menurut sumber yang menghubungi kami, ia diperkatakan melalui CouponXcess ini kelak, ia bukan sahaja membolehkan para pengguna untuk membeli kupon pada harga diskaun dan sebagainya, malah pada masa yang sama, ia juga akan menyertakan platform untuk membolehkan para pengguna menjual kupon yang dibeli mereka kepada pengguna lain sekiranya mereka tidak menggunakannya dan sebagainya.

Buat masa ini, kami masih lagi tidak dapat menghubungi pihak CouponHouz berkenaan dengan penjualan dan juga penjenamaan semula ini. Mungkin segalanya akan terjawab pagi esok, bersama-sama dengan pelancaran CouponXcess kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd