Cari @ Amanz

Tahun baru ini dimulakan dengan perkara yang mendukacitakan, dimana Google telah pun mematikan perkhidmatan Google Health bermula hari ini, dan bagi mereka yang mempunyai data pada perkhidmatan tersebut boleh memuat-turunnya daripada hari ini, sehingga 1 Januari 2013 kelak, sebelum ianya dipadam secara menyeluruh.

Melalui Google Health, ia membolehkan para pengguna menguruskan data dan informasi berkaitan kesihatan mereka secara terus atas talian, selain mana pada masa yang sama menetapkan sasaran seperti mengurangkan berat badan, berjalan setiap hari dan sebagainya, dan lihat bagaimana perkembangan anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin terus gunakan perkhidmatan seumpamanya, anda boleh mengalihkan data dari Google Health ke Microsoft HealthVault dengan mudah

Selain daripada Google Health, Google juga turut sama akan mematikan perkhidmatan Google Wave mereka tidak lama lagi. Sebelum ini, Google telah pun menghentikan pembangunan untuknya, dan bermula daripada 31 Januari kelak, pengguna hanya boleh membaca sahaja, tanpa boleh membuat dokumen baru padanya.

Menerima kesan yang sama adalah Google Friend Connect, dimana ianya akan mula ditamatkan bermula 1 Mac 2012 kelak, dimana Google sendiri meminta para pengguna Friend Connect untuk berali ke Google+ Pages yang memberikan lebih banyak ciri-ciri menarik bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd