Cari @ Amanz

Hanya kurang sehari selepas protes terhadap SOPA, kini kelihatan laman MegaUpload, yang menyediakan ruangan storan percuma, serta kebolehan untuk memuat-turun secara percuma telah ditutup oleh pihak kerajaan disana, disebabkan pelanggaran hakcipta. Percubaan mengakses laman tersebut adalah gagal buat masa ini, sekaligus memberikan idea, ia telah ditutup daripada akses semua seluruh dunia.

Seperti semua sedia maklum, MegaUpload merupakan salah satu platform popular yang digunakan untuk pemuat-turun untuk berkongsi fail-fail seperti filem dan muzik. Ia dilaporkan, secara kasar, lebih daripada $1 billion kerugian terpaksa ditanggung disebabkan MegaUpload, dan ia telah menjana lebih daripada $175 juta.

MegaUpload menggunakan salah satu sistem ganjaran, dimana ia membayar kepada pemuat-naik media atau fail yang popular dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, MegaUpload juga diperkatakan tidak mematikan akaun pengguna yang mempunyai kandungan berhak-cipta, sebaliknya sekiranya dilaporkan, ia hanya sekadar membuang pautan untuk fail yang dilaporkan sahaja.

Mungkin dengan perkara ini, beberapa laman perkongsian popular lain turut akan berjaga-jaga dan mencari langkah mengatasinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd