Cari @ Amanz

Walaupun jumlah jualan tablet daripada Apple, iaitu iPad terus bertambah dari hari ke hari, namun apabila dilihat daripada pegangan pasaran, peratusan jumlah tablet yang menggunakan perisian iOS dilihat berkurangan berbanding tahun lepas, dimana pada suku tahun ke-empat 2011, iOS hanya memegang pegangan sebanyak 57.6%, berbanding pada tempoh sama di 2010, sebanyak 68.2%.

Dan apabila dilihat daripada kaca mata platform Android, mungkin Google boleh bergembira, dimana kini pegangan pasaran tablet yang menggunakan sistem operasi Android mencecah 39.1% berbanding pada tahun 2010, ianya hanya sekitar 29%. Perkara ini, boleh dikatakan berjaya, hasil daripada Samsung yang mengeluarkan pelbagai saiz tablet untuk pengguna, selain Amazon juga menjual tablet Android mereka, Kindle Fire.

Pada masa yang sama, memasuki dunia pasaran tablet adalah Microsoft dengan pegangan 1.5%, yang mana mungkin kita boleh lihat ianya berkembang sepanjang tahun ini, dengan Windows 8 yang bakal dioptimasikan untuk platform skrin sentuh, terutamanya tablet.

Sepanjang tahun ini juga, tablet dijangka akan terus menjadi pilihan utama pengguna dalam mendapatkan peranti mudah-alih, dan mungkin kita boleh lihat angka ini terus berubah. Sama-sama kita nantikan perkembangan dunia tablet sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd