Cari @ Amanz

Salah satu permainan video yang dinantikan pada tahun ini adalah permainann Max Payne 3 daripada pihak Rockstar, dan kini mereka telah pun mengemaskini halaman web utama untuk MaxPayne, memperlihatkan permainan video tersebut bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei 2012 kelak.

Sebelum ini, permainan tersebut disasarkan untuk pelancaran bulan Mac 2012, namun disebabkan perkara yang tidak dapat dipastikan, ia kini dikemaskini semula, dan disasarkan untuk pelancaran bulan Mei 2012 kelak. Ia bakal dilancarkan pada platform Xbox 360, PS3, dan juga PC ketika pelancarannya kelak.

Buat masa ini, apa yang diketahui mengenai Max Payne 3 adalah sokongan enjin permainan baru yang memberikan kesan kepada grafik dan permainannnya, selain mana turut mengintegrasikan sokongan multiplayer, membolehkan ia dimainkan bersama-sama rakan anda yang lain dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd