Cari @ Amanz

Bersempena dengan Mobile World Congress yang sedang berlangsung pada minggu ini, Google telah pun mengeluarkan data terkini mereka, dimana kini Google mengatakan terdapat sebanyak lebih daripada 850,000 peranti Android diaktifkan setiap hari diseluruh dunia, sekaligus memperlihatkan peningkatan drastik sehingga 250% berbanding tahun lepas.

Ini sekaligus menjadikan peranti Android diseluruh dunia kini berjumlah lebih 300 juta peranti, dan meningkat setiap hari. Dari segi angka aplikasi di Android Market pula, ia kini terdapat lebih daripada 450,000 aplikasi yang sedia dimuat-turun, dengan lebih daripada satu billion aplikasi dimuat-turun setiap bulan oleh para pengguna.

Angka-angka ini dijangka akan terus meningkat sepanjang tahun ini. Selain daripada Android, salah satu platform lain yang turut menerima perhatian pengguna dan juga pembangun sepanjang tahun ini adalah Windows Phone daripada Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd