Cari @ Amanz

Sebelum ini, paparan awal untuk Mozilla Boot-2-Gecko (B2G) telah pun diperlihatkan, dan Mozilla sendiri telah mengesahkan yang mana mereka bersama-sama dengan beberapa rakan kerjasama akan mengumumkan beberapa perkara berkaitan dengan platform tersebut pada acara MWC kelak. Dan kini diura-ura akan dimana LG merupakan salah satu daripada rakan kerjasama Mozilla.

Boot to Gecko merupakan platform Mozilla untuk peranti mudah-alih yang menggunakan sokongan HTML5, JavaScript dan juga CSS, sekaligus membolehkan para pembangun melakukan pembangun aplikasi dengan mudah untuknya. Ia masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan disasarkan untuk mencapai fasa stabil sekitar pertengahan tahun ini.

Malah, Mozilla juga dijangka akan memperkenalkan Mozilla Marketplace, dimana kami percaya akan mengintegrasikan sokongan diantara pelayar web dan juga peranti Boot to Gecko padanya.

Mungkin kita boleh nantikan pengumuman rasmi pihak Mozilla pada minggu hadapan di acara Mobile World Congress 2012 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd