Cari @ Amanz

Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan dan menawarkannya dalam bentuk RC sebelum ini, kini pemain media VLC daripada VideoLAN telah pun mencapai versi 2.0, dan dilancarkan kepada semua pengguna Windows, OS X dan juga Linux, membolehkan mereka menikmati pemain video popular tersebut dengan pelbagai ciri-ciri tambahan.

Melalui VLC Media Player 2.0, ia didatangkan dengan pelbagai peningkatan, termasuk sokongan memainkan lebih banyak format, dan juga sokongan Blu-Ray padanya. Ia turut membawakan beberapa peningkatan pada antaramuka mereka, serta memfokuskan kepada memudahkan penggunaan pemain media tersebut.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun VLC 2.0 untuk OS X, Windows dan juga Linux hari ini, dan mula menguji pelbagai fungsi baru yang didatangkan padanya hari ini.

Tips awal daripada Abdul Karim.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd