Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, ia boleh diperkatakan sebagai salah satu minggu yang penting untuk LG, dimana beberapa peranti baru mereka telah diperlihatkan, daripada pelancaran LG Optimus Vu yang membawakan skrin sebesar 5-inci, sehinggalah kepada beberapa peranti lain, termasuk peranti 3D kedua mereka dan beberapa lagi.

Kesemua peranti baru daripada LG ini bakal diperlihatkan pada acara MWC yang bakal diadakan pada minggu hadapan, dan dijana menggunakan sistem operasi mudah-alih Android. Pada masa yang sama, LG juga turut membawakan peranti empat-teras mereka yang pertama, iaitu LG Optimus 4X HD.

Namun, apabila dilihat dari segi kemaskini platform untuk peranti sedia ada, ianya masih lagi agak mendukacitakan apabila dilihat daripada peranti LG sedia ada.

Selain daripada peranti-peranti Android daripada LG, ia juga dilaporkan yang mana LG dan juga Mozilla bakal bersama-sama membuat pengumuman kerjasama untuk peranti Mozilla B2G daripada pihak LG, bersama-sama dengan beberapa pengeluar lain.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh LG bersama-sama dengan beberapa pengumuman baru mereka yang lain sepanjang MWC kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd