Cari @ Amanz

Selepas beberapa aplikasi tempatan mula didapati melalui Windows Phone Marketplace, kini ia kelihatan Marketplace telah pun mula menyokong pengguna tempatan, membolehkan pengguna Windows Phone tempatan membeli aplikasi terus melalui peranti mereka dengan mudah, dan tidak lagi seperti dulu yang hanya perlu bergantung kepada aplikasi percuma semata-mata.

Menurut MalaysianWireless, Maxis telah pun memulakan sokongan Windows Phone Marketplace di Malaysia, dengan pembayaran melalui talian telekomunikasi mereka. Celcom turut dilaporkan akan memperkenalkan sokongan Marketplace sebelum Nokia Lumia dilancarkan di Malaysia. Masih tiada pengumuman daripada penyedia lain, termasuk DiGi buat masa ini.

Dalam berita sama, Nokia bakal melancarkan peranti Windows Phone mereka pada minggu hadapan, iaitu 10 Februari, dimana Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 bakal dimulakan jualan pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd