Cari @ Amanz

Bermula daripada hari ini, FourSquare membawakan perubahan besar dari segi penggunaan peta pada laman mereka, dimana mereka telah mengantikan sokongan Google Maps yang digunakan sehingga ke hari dengan, dengan menarik data daripada OpenStreetMap. Perubahan ini hanya diperkenalkan untuk versi web sahaja buat masa ini.

OpenStreetMap menggunakan konsep data terbuka, lebih kurang seperti WikiPedia untuk geografi. Dan dalam terus membantu data terbuka lebih popular dan menyumbang data-data berguna untuk mereka, kini FourSquare menggunakan OpenStreetMap, dimana pada masa yang sama boleh menjimatkan kos penggunaan yang perlu dibayar untuk Google Maps API.

Untuk menjayakan perkara ini, FourSquare telah bekerjasama bersama MapBox, yang mana menyediakan pemetaan dari OpenStreetMap dalam bentuk yang lebih menarik, dan beberapa perkara tambahan padanya.

Menurut FourSquare juga, memandangkan iPhone dan Android didatangkan dengan pemetaan daripada Google Maps secara terbina, maka mungkin mereka akan kekal menggunakan peta Google Maps pada aplikasi iPhone dan Android. Namun penggunaan pada peranti-peranti pintar lain masih tidak diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd