Cari @ Amanz

Acara berkaitan pembangunan aplikasi untuk Android, iOS dan juga Windows Phone telah pun banyak dilakukan di Malaysia. Tetapi bagaimana pula dengan aplikasi untuk BlackBerry? Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, dan ingin membangunkan aplikasi untuknya, jangan terlepas untuk menghadiri sebuah acara khas pada hari Sabtu ini.

Acara yang dinamakan sebagai Now Everyone Can Code ini bakal membawakan beberapa pakar dalam membincangkan mengenai platform BlackBerry, selain mana anda boleh bertanya pelbagai soalan dan mendapatkan maklumbalas terus daripada mereka.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menghadirkan diri pada hari Sabtu ini di e@Curve, Mutiara Damansara, dan mengikuti pelbagai perkara berkaitan dengannya. Untuk maklumat lanjut, ikuti pada halaman rasmi acara tersebut di Facebook, ataupun sertai kumpulan BlackBerry Malaysian Coders.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd