Cari @ Amanz

Berita berkaitan dengan iPad baru yang menjadi panas ketika digunakan telah menjadi salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini. Dan nampaknya, kini, ia turut dikenal pasti, yang mana tablet baru daripada Apple ini turut tidak mengecas apabila sedang digunakan untuk memainkan permainan ataupun menjalankan aplikasi yang bertenaga tinggi, berbeza dengan iPad sebelum ini.

Secara ringkasnya, perkara ini dikatakan berlaku adalah disebabkan oleh iPad baru yang menjalankan pemprosesan yang tinggi, dengan skrin resolusi tinggi, maka tenaga yang diperlukan adalah tinggi, maka tenaga pengecasan yang ditawarkan oleh pengecas iPad seperti tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, untuk mengecas seperti biasa, para pengguna boleh melakukanya dengan menggunakan aplikasi yang tidak menggunakan pemprosesan yang tinggi, ataupun tidak menjalankan sebarang aplikasi padanya.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah iPad baru ini akan memasuki pasaran Malaysia, tetapi ura-ura awal mengatakannya pada awal minggu bulan Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd