Cari @ Amanz

Canonical sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk Kubuntu bermula daripada 12.10. Namun, ini tidak bermakna pembangunannya akan dihentikan sebegitu sahaja, dan terkini, komuniti Kubuntu mengumumkan yang mana Kubuntu 12.04 kelak akan disokong sehingga selama 5 tahun, melalui versi LTS-nya.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus akan membolehkan para pengguna Kubuntu 12.04 LTS menikmati kemaskini sekuriti, dan keselamatan untuk 5 tahun akan datang. Selain daripada itu, komuniti Kubuntu sendiri telah menyatakan sokongan untuk distro Linux yang berasaskan Ubuntu itu akan terus dibangunkan walaupun tidak mendapat sokongan dari segi kewangan dan sokongan komersial daripada pihak Canonical.

Selain daripada pengumuman tersebut, pihak pembangun Kubuntu turut mengatakan mereka sedang mencari tenaga penyumbang baru yang mahir dalam pelbagai bidang, dari segi pengaturcaraan KDE, sehingga ke sokongan pengguna, QA dan sebagainya.

Kubuntu 12.04 LTS bakal dilancarkan kepada umum pada bulan April kelak, dan versi beta pertama untuknya sedia untuk diuji sekarang, yang turut didatangkan bersama-sama dengan KDE Software Compilation 4.8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd