Cari @ Amanz

Salah satu laman jual-beli popular dengan sokongan integrasi Facebook adalah laman Mau.my. Setelah lama tidak kedengaran sebarang berita daripada pembangunnya, kini ia diketahui Mau.my bakal memperkenalkan sokongan antaramuka dan rekabentuk baru bermula daripada bulan April kelak.

Melalui gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan Mau.my yang baru kelak akan menggunakan beberapa data daripada Bootstrap, disamping menurut pembangunnya ia membawakan gabungan konsep daripada laman Mudah, Lelong, Envato dan juga gambar utama seumpama Facebook Timeline.

Pada masa yang sama, pembangunnya turut berkongsikan yang mana mereka akan turut sama memperkenalkan sokongan affiliate untuk setiap produk, membolehkan penjual dan mereka yang menggunakan laman tersebut menjana pendapatan dengan lebih baik lagi.

Tarikh pasti untuk pengenalan kesemua sokongan dan fungsi baru ini masih tidak diketahui buat masa ini, namun ia disasarkan akan mula diperkenalkan bermula April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd