Cari @ Amanz

Teknologi sentuhan nampaknya akan menjadi terus menarik sepanjang tahun ini. Sebelum ini, Samsung, salah satu gergasi pengeluar skrin telah memperlihatkan skrin yang boleh lentur dan juga skrin lutsinar. Dan kini Microsoft pula memperlihatkan sokongan untuk menggunakan sokongan sentuhan pada mana-mana tempat melalui sokongan kinect.

Untuk menjayakan teknologi yang dinamakan sebagai OmniTouch ini, Microsoft menggunakan projektor kecil untuk memaparkan gambar skrin dan juga Kinect untuk mengetahui gerakan. Sekaligus, kedua-duanya membolehkan para pengguna menggunakan mana-mana permukaan untuk melakukan kerja-kerja seperti pada telefon pintar mereka.

Jadi, adakah pada masa hadapan, kita akan dapat berinteraksi dengan teknologi melalui sebarang permukaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd