Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan Google Drive, mungkin terbaca akan ura-ura mengatakan ia bakal dilancarkan pada awal April kelak. Dan hari ini, melalui laman TalkAndroid, mereka telah pun mendapatkan paparan awal halaman muat-turun Google Drive, memperlihatkan beberapa informasi tambahan berkaitan dengannya.

Melalui apa yang diperlihatkan, Google Drive dilihat akan menawarkan ruangan percuma sebanyak 5GB, dan membolehkan para pengguna bukan sahaja mengakses melalui klien desktop, mahupun aplikasi pada tablet dan telefon pintar, tetapi turut sama melalui laman web, lebih kurang sama seperti Dropbox.

Percubaan memasuki laman Google Drive kini hanya sekadar memperlihatkan halaman 404, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak info berkaitan dengannya sekitar minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd