Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman iPad semalam, Apple turut memperkenalkan aplikasi iPhoto mereka untuk iPad dan juga iPhone. Menariknya pada aplikasi tersebut adalah dimana penggunaan perkhidmatan pemetaan telah bertukar daripada Google Maps, kepada penggunaan data OpenStreetMap.

Bagi yang masih mengingati, baru-baru ini FourSquare turut sama telah beralih kepada data daripada OpenStreetMap untuk perkhidmatan mereka. Walaupun Apple tidak mengumumkan perkara ini secara rasminya, melalui sebuah artikel daripada pihak OpenStreetMap, ia dilaporkan data daripada OSM yang digunakan oleh Apple adalah data yang agak lama, iaitu bermula pada April 2010.

Pada masa yang sama, OpenStreetMap turut melaporkan yang mana Apple seperti tidak memberikan kredit yang sepatutnya kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan OpenStreetMap.

Namun begitu, ia merupakan salah satu petanda yang baik kepada komuniti OpenStreetMap, melihatkan beberapa gergasi seperti FourSquare, Apple dan sebagainya yang mula menggunakan data daripada mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd