Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S3 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, apatah lagi dengan kejayaan Galaxy S2 yang terjual dengan hangat diseluruh dunia. Melalui salah satu paparan gambar jemputan media untuk acara pelancaran peranti tersebut, kini ia memperlihatkan beberapa maklumat berkaitan dengan peranti tersebut kepada umum.

Samsung Galaxy S3

Melalui gambar jemputan media yang kelihatan kepada umum itu, ia memperlihatkan sedikit gambar peranti Galaxy S3 yang dinantikan ramai, serta tarikh 22 Mei untuk pelancaran peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui berkaitan kesahihan perkara dan juga gambar ini. Sekiranya ianya benar, mungkin kita akan dapat melihat peranti utama keluarga Android daripada Samsung itu dalam masa lebih sebulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd