Cari @ Amanz

Melalui BlackBerry 10 kelak, Research In Motion bakal mengintegrasikan pelbagai fungsi baru dan menarik, dimana selain daripada papan kunci yang amat menarik, mereka juga bakal membawakan sokongan kamera dengan kebolehan untuk mengubah gambar kepada yang seawalnya terus melalui aplikasi kamera tersebut.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia membolehkan para pengguna merakamkan gambar seperti biasa, dan sekiranya ketika merakamkan gambar, anda terkelip mata mahupun sebagainya, anda boleh mematahkan kembali ke belakang, dan menjadikan gambar anda boleh digunakan kembali, dan tidak perlu merakamkan gambar baru.

Apa yang diperlihatkan mungkin hanya sebahagian kecil sahaja, dan mungkin RIM menyimpan pelbagai lagi fungsi menarik lain untuk dilancarkan bersama-sama dengan peranti BlackBerry 10 sekitar bulan Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd