Cari @ Amanz

Jikalau diluar negara, terdapat beberapa direktori yang menyenaraikan syarikat-syarikat ICT tempatan mereka, namun di Malaysia seperti tiada sehinggalah, kini StartupsDB diperkenalkan oleh pembangun tempatan. Seperti pada namanya, ia memfokuskan untuk menjadi pangkalan data kepada startup-startup bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dinegara membangun yang lain.

Melalui StartupsDB, ia menggunakan sokongan Facebook untuk menyenaraikan sesuatu syarikat mengikut populariti. Antara data yang ditarik pada StartupDB termasuklah bilangan Like untuk sesuatu halaman, informasi, dan juga gambar Cover pada Facebook Page-nya.

Selain daripada Malaysia, StartupsDB turut sama menyenaraikan syarikat ICT daripada Singapura, Brazil dan juga Indonesia, beserta beberapa negara yang lain. Bagi anda, sekiranya mempunyai sebarang startup, mungkin boleh turut sama menyenaraikannya pada StartupsDB, ataupun mengikuti perkembangan dan mengetahui startup tempatan dengan melayari laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd