Cari @ Amanz

Ubuntu untuk Android merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, dimana membolehkan anda menjalankan telefon pintar anda sebagai desktop Ubuntu apabila dihubungkan kepada monitor, dan sebagai telefon pintar Android apabila tidak dihubungkan pada monitor.

Ia telah diperlihatkan oleh Canonical pada acara Mobile World Congress yang lepas, dan ia boleh dikatakan telah melalui pelbagai fasa pembangunan sejak daripadanya.

Berbeza dengan sistem operasi Ubuntu, Ubuntu untuk Android ini tidak diedarkan untuk umum, sebaliknya akan diedarkan dan didatangkan bersama-sama dengan peranti Android ketika menjualnya kelak. Buat masa ini, masih tidak diketahui siapakah pengeluar peranti yang telah menyatakan sokongan untuknya.

Melalui video terbaru yang kelihatan di arena web, ia menunjukkan sokongan Ubuntu untuk Android dengan lebih dekat, dimana membolehkan para pengguna menggunakan Ubuntu sebagai desktop mereka, dan ia boleh menyambung daripada mana anda berhenti, sekaligus memperlihatkan potensinya sebagai komputer mudah-alih anda pada suatu masa kelak.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan mungkin versi akhirnya kelak akan menjadi lebih menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd