Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan aplikasi Buku Bajet yang pernah diperkenalkan oleh salah seorang pembangun tempatan sebelum ini? Setelah melalui pelbagai fasa beta, akhirnya kini ia telah pun mencapai fasa stabil, melalui Buku Bajet 2.0. Dan buat masa ini, ia masih eksklusif untuk Android sahaja.

Melalui kemaskini ini, ia tidak membawakan perbezaan yang jauh daripada sebelumnya, disamping mengekalkan konsep aplikasi yang ringkas dan mudah digunakan.

Bagi yang tidak kenali akan aplikasi Buku Bajet, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda mencatatkan pembelanjaan harian anda dalam kaedah yang mudah, sekaligus secara automatik ia mengira jumlah pembelanjaan anda untuk sesuatu bulan. Segala data juga hanya disimpan pada telefon anda, membolehkan anda mengakses pembelanjaan untuk bulan-bulan sebelumnya dengan mudah.

Menurut pembangunnya, kemaskini Buku Bajet 2.0 telah pun dimuat-naik ke pelayan Google Play, dan akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Buku Bajet ini secara percuma daripada Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd