Cari @ Amanz

Seperti biasa, pihak pembangun pelayar web sumber terbuka popular, iaitu Mozilla telah pun memuat-naik versi pembangunan akhir untuk Firefox 13 pada pelayan FTP mereka, dan sedia untuk dimuat-turun semua terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan secara rasminya pada 4 Jun kelak.

Melalui Firefox 13, ia membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar web tersebut, dan salah satunya adalah “Tab On Demand”. Fungsi ini membolehkan pelayar web Firefox mengurangkan masa untuk memulakan kembali pelayar web, dimana anda boleh memilih tab yang ingin dimulakan, dan bukan semua tab dimulakan pada sesuatu masa ketika pelayar web tersebut dibuka.

Pada masa yang sama, perubahan yang tampak berbeza adalah halaman tab baru pada Firefox 13 kini direkabentuk dengan lebih baik, dan menyertakan pilihan untuk melihat thumbnail laman kegemaran anda ataupun sebaliknya.

Sokongan reset kembali pelayar web, iaitu fungsi yang diumumkan baru-baru ini oleh Firefox turut sama boleh digunakan oleh para pengguna, untuk menetapkan kembali pelayar web Firefox seperti pada asalnya.

Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi pihak Mozilla, boleh memuat-turun sendiri pelayar web Firefox 13 untuk Linux, Mac dan juga Windows daripada laman FTP mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd