Cari @ Amanz

Pada platform Android, salah satu pelayar web yang menarik adalah Firefox. Setelah menguji pelbagai antaramuka baru dan sebagainya, kini melalui sebuah tweet, pihak Firefox mengatakan mereka akan memperkenalkan sesuatu yang baru pada minggu hadapan.

Bersama-sama dengan tweet yang dihantar, mereka berkongsi sebuah gambar, mengatakan “Fast, Smart, Safe.” Dan daripadanya, ia memberikan idea Firefox untuk Android versi baru kelak akan membawakan pelayar web yang lebih pantas, selamat dan juga beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Jikalau dilihat daripada saluran Beta untuk Firefox Android, mereka membawakan sokongan antaramuka Native UI, sekaligus menjadikannya lebih pantas. Mungkin kita boleh melihat kemaskini saluran daripada beta kepada versi stabil diperkenalkan pada minggu hadapan, bersama-sama dengan beberapa fungsi tambahan padanya.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox untuk Android terus daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd