Cari @ Amanz

Nampaknya, Nokia akan terus memfokuskan kepada teknologi pengimejan dan kamera mereka, dimana selepas memperkenalkan peranti PureView dengan sensor kamera sebesar 41-megapixel, kini Nokia turut mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih kepakaran, IP dan juga teknologi Scalado AB.

Teknologi daripada Scalado dijangka akan digunakan pada peranti Nokia Lumia, sekaligus menambah lagi sokongan pengimejan pada peranti tersebut.

Bagi yang tidak mengenali Scalado, ia menawarkan pelbagai teknologi menarik dalam merakamkan gambar dan pengimejan. Baru-baru ini mereka memperkenalkan Scalado Remove, yang mana turut digunakan oleh Research In Motion pada BlackBerry 10 mereka.

Pengambil-alihan ini dijangka akan tamat sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini. Perkara berkaitan harga yang dibayar dan sebagainya tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd