Cari @ Amanz

Akhirnya, sepertimana yang kami laporkan sebelum ini, hari ini Nuance telah pun melancarkan aplikasi Dragon Dictation dan juga Dragon Search dengan sokongan bahasa Malaysia khas untuk para pengguna iOS di Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan secara percuma untuk masa yang terhad daripada AppStore hari ini.

Aplikasi Dragon Dictation membawakan sokongan untuk para pengguna melakukan input melalui suara, dan seterusnya menghantar melalui SMS, Facebook, Twitter, emel dan sebagainya. Ia turut sama didatangkan dengan pelbagai sokongan pintar seperti kebolehan untuk mengenal ringkasan nama, mengubah perkataan berkaitan Matematik ke simbol yang sesuai, disamping turut mengenali nama lokasi dan sebagainya. Ia mungkin agak berguna sekiranya para pengguna sedang memandu, ataupun untuk wartawan dan sebagainya yang inginkan transkrip untuk suara rakaman dan lain-lain.

Selain daripada Dragon Dictation, Nuance turut memperkenalkan aplikasi Dragon Search dengan sokongan bahasa Malaysia. Untuk Dragon Search, ia membawakan sokongan melakukan carian terus menggunakan input suara, disamping terus melihat hasil carian pada pelbagai medium, termasuk Google Search, YouTube, Twitter, Wikipedia dan lain-lain.

Kedua-dua enjin disebaliknya adalah enjin yang serupa, dan turut digunakan pada beberapa aplikasi terkemuka. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Dragon Dictation untuk iOS dan juga Dragon Search secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd