Cari @ Amanz

Selain dengan peranti yang memfokuskan kepada kebolehan menanggalkan skrin dan digunakan sebagai tablet, nampaknya Samsung juga membawakan Ultrabook dengan kebolehan untuk dilipat kebelakang untuk menjadi tablet, melalui Samsung Series 5 Ultra Convertible.

Melaluinya, para pengguna boleh menggunakannya seperti Ultrabook biasa, dan sekiranya ingin menggunakannya sebagai tablet, anda hanya perlu lipat akannya ke belakang, dan menggunakan sokongan skrin sentuh untuk mengendalikannya.

Dari segi spesfikasi, Series 5 Ultra Convertible ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 1.7GHz, 4GB RAM, storan 500GB pada cakera keras, dan 24GB SSD. Ia turut membawakan slot USB, Ethernet, HDMI dan juga pembaca kad SD. Skrinnya pula bersaiz 14-inci dengan resolusi 1366×768 pixel padanya, dan dijana menggunakan Windows 8.

Samsung juga mengatakan yang mana peranti ini masih lagi pada mod prototaip buat masa ini, dan produk akhirnya kelak mungkin berbeza dengan apa yang diperlihatkan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd