Cari @ Amanz

Sedikit demi sedikit produk Google menerima integrasi sosial Google+ mereka, dan terkini Google membawakan sokongan Google + Hangout terus kepada pengguna GMail, memudahkan lagi mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Perkara ini boleh dikatakan salah satu perkara yang dijangkakan ramai sebelum ini. Memandangkan GMail merupakan salah satu hab komunikasi antara seorang pengguna dengan yang lain, semestinya integrasi panggilan video dalam bentuk Google+ Hangout akan menguntungkan pengguna GMail.

Google mengatakan fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna GMail bermula hari ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan sokongan Hangout pada GMail? Adakah ianya sesuatu yang bagus ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd