Cari @ Amanz

Walaupun Yahoo! seperti tidak digemari ramai sejak beberapa bulan yang lepas, namun perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila mereka mengumumkan CEO baru mereka, Marissa Mayer, salah seorang bekas eksekutif wanita terkemuka di Google.

Perkara ini juga sekaligus mengejutkan ramai pihak, apatah lagi Marissa merupakan antara pekerja terawal di Google, dimana beliau merupakan pekerja ke 20 di Google, dan menyumbang dalam pembangunan pelbagai produk Google.

Dengan kini Yahoo! dibawah Marissa Mayer, mungkin kita akan dapat melihat perubahan positif hadir pada gergasi carian tersebut. Memandangkan Yahoo! tidak lagi memfokuskan kepada enjin carian, maka ia mungkin tidak akan memberikan sebarang saingan secara langsung untuk Google buat masa ini.

Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif daripada Yahoo! dibawah Marissa Mayer ini dalam beberapa minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Yahoo! kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd