Cari @ Amanz

Dengan laporan sebelum ini berkenaan Thunderbird, ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan status aplikasi sumber terbuka tersebut. Kini, pihak Mozilla, dalam sebuah artikel ringkas yang dikeluarkan pada blog rasmi, berkongsi pelbagai perkara berkaitan dengan Thunderbird dan masa depan projek tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan, Mozilla mengatakan mereka akan membangunkan dan menyokong Thunderbird sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun kedua 2013. Selepas itu, Mozilla masih akan mengeluarkan kemaskini sekuriti dan kestabilan untuknya, namun mungkin akan memberikan peluang untuk umum untuk menginovasikan platform tersebut.

Mozilla turut sama berkongsi beberapa perkara yang disasarkan untuk didatangkan dalam beberapa kemaskini akan datang, termasuk sokongan Thunderbird Chat (sokongan IM terbina pada Thunderbird), sokongan Thunderbird Filelink yang lebih banyak, serta pelbagai fungsi yang lain.

Buat masa ini, Thunderbird 13 telah pun dilancarkan kepada umum, disamping Thunderbird 14 yang dalam fasa beta serta Thunderbird 15 yang kini dalam fasa alpha.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd