Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan RIM, nampaknya, Samsung tidak ingin melepaskan sebarang peluang, dan turut memperkenalkan peranti berasaskan papan kekunci fizikal QWERTY baru mereka bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada mereka yang gemar bermesej dan sebagainya.

Galaxy Chat ini turut didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 3-inci, serta butang khas yang didedikasikan untuk aplikasi permesejan ChatON. Selain daripada itu, ia turut menyertakan kamera belakang 2-megapixel, bateri 1,200mAh, sokongan USB 2.0, ruangan storan 4GB dengan sokongan slot mikro-SD sehingga 32GB.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Namun, sekiranya ia dijual, adakah anda akan memilikinya ataupun akan memilih peranti dengan sokongan skrin sentuh penuh?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd