Cari @ Amanz

Microsoft semasa acara WPC 2012 telah pun mengesahkan bahawa versi terbaru sistem operasinya – Windows 8 akan menemui pengguna dalam versi Release-to-Manufacturer (RTM) seawal Ogos 2012 untuk pengguna perniagaan.

Microsoft mengatakan bahawa versi Release-to-Manufacturer (RTM) kelak akan membawakan beberapa fungsi baru dan mengaktifkan sokongan jual beli melalui Windows Store. Seperti versi terdahulu, Windows 8 turut menyertakan sokongan kepada 109 bahasa lain.

Bagi pasaran umum kepada penggguna, Windows 8 disahkan memasuki pasaran pada penghujung Oktober kelak.

Microsoft dalam acara yang sama turut mengumumkan pemanjangan sokongan kepada Windows 7 sehingga Januari 2020. Untuk rekod, Windows 7 merupakan versi Windows yang paling laris selepas Windows XP dengan jumlah lesen terjual sebanyak 630 juta unit.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd