Cari @ Amanz

Bersempena dengan Sukan Olimpik, seperti semua sedia maklum, Google membawakan doodle yang berbeza-beza mengikut acara sukan utama pada setiap hari. Dan hari ini, mereka menyediakan sebuah doodle khas, membolehkan para pengguna mengawalnya dan memainkan bersama terus dari laman Google.

Doodle seumpamanya bukanlah sesuatu yang baru, dimana Google pernah hadir dengan pelbagai jenis doodle berbentuk interaktif sebelum ini, termasuk salah satu yang popular adalah doodle Pacman sebelum ini.

Selain daripada doodle hari ini, anda juga boleh melihat koleksi doodle-doodle sebelum ini, yang disediakan dan dipaparkan oleh Google melalui sebuah halaman khas. Dan sekiranya anda memainkan doodle hari ini, jangan lupa berkongsi markah anda bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd